Jangan sedih jika anda terlepas peluang keemasan promosi AirAsia sebelum ini kerana berita ini mampu membuat anda senyum sampai ke telinga. Tidak percaya?

AirAsia kini menawarkan promosi sebanyak 6 juta tempat duduk percuma kepada anda dengan harga yang tidak masuk akal ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa. Melalui tinjauan kami, harga tiket untuk penerbangan domestik seperti ke Pulau Pinang, Johor dan sebagainya bermula RM20 dan penerbangan antarabangsa seperti ke Jeju, Jaipur dan sebagainya bermula dari RM199.

Untuk pengetahuan anda, promosi ini bakal berlangsung pada 4 November 2019 sehingga 10 November 2019 manakala tempoh penerbangan bermula 27 April 2020 hingga 1 Mac 2021. Akan tetapi, khas buat pengguna BIG Member, anda berpeluang membuat tempahan sehari lebih awal iaitu pada 3 November 2019.

SEQ4_Comms_BM+(1)

Anda boleh gunakan kad BigPay yang pastinya memudahkan pembayaran anda dan kad tersebut banyak kelebihannya. Bukan sahaja boleh digunakan di Malaysia tetapi juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dengan lebih mudah.

Tiada kad BigPay? Anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10. Promosi sudah ‘awesome’, nak lebih best lagi?

Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% juga menggunakan kod promo FREE10 ketika check-out. Anda kini boleh membuat tempahan di laman web AirAsia atau aplikasi mudah alih AirAsia.

Baru-baru ini kami telah ke Pulau Jeju menaiki AirAsia X, memang selesa. Anda mungkin berminat ingin ke Pulau Jeju selepas baca artikel di bawah ini.

5 Lokasi ‘Hidden Gem’ Di Pulau Jeju Yang Ramai Tidak Tahu

13 ‘Trick’ Rebut Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Dengan Lebih Pantas

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’