Pastinya ramai yang kecewa apabila terpaksa membatalkan penerbangan ke destinasi pilihan saat ini kerana wabak covid-19 yang masih belum lagi terkawal dan dibendung sepenuhnya.

Malah, pasti ada juga yang sedang dalam proses untuk ‘refund’ semula tiket penerbangan. Untuk menghilangkan sedikit duka lara anda, kami ingin beritahu anda satu berita gembira pasti buat anda teruja dan tersenyum lebar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

AirAsia kini menawarkan promosi sebanyak 6 juta tempat duduk percuma kepada anda dengan harga yang tidak masuk akal ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa.

Melalui tinjauan kami, harga tiket untuk penerbangan domestik seperti ke Pulau Pinang, Johor dan sebagainya bermula RM12 dan penerbangan antarabangsa seperti ke Jeju, Sydney dan sebagainya bermula dari RM71.

Untuk pengetahuan anda, promosi ini bakal berlangsung pada 9 Mac 2020 sehingga 15 Mac 2020 manakala tempoh penerbangan bermula 8 Mac 2020 hingga 1 Julai 2021. Akan tetapi, khas buat pengguna BIG Member, anda berpeluang membuat tempahan sehari lebih awal iaitu pada hari ini 8 Mac 2020.

Anda boleh gunakan kad BigPay yang pastinya memudahkan pembayaran anda dan kad tersebut banyak kelebihannya. Bukan sahaja boleh digunakan di Malaysia tetapi juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran di luar negara dengan lebih mudah.

Tiada kad BigPay? Anda boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10. Promosi sudah ‘awesome’, nak lebih best lagi?

Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 10% juga untuk pra-tempah bagasi daftar masuk untuk 25kg dan ke atas. Anda kini boleh membuat tempahan di laman web AirAsia atau aplikasi mudah alih AirAsia.

Sementara itu, jika penerbangan anda dibatalkan kerana Covid-19, anda boleh ikuti cara untuk ‘refund’ tiket penerbangan anda pada pautan di bawah ini.

8 Cara Mudah Minta ‘Refund’ Tiket Penerbangan AirAsia Anda Yang Dibatalkan Kerana Coronavirus

7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia