Nampaknya AirAsia sekali lagi hadir dengan promosi terbaru. Promosi pada kali ini nampaknya lebih awesome memandangkan syarikat ini menawarkan harga penerbangan sehala dengan harga serendah RM0.10 sahaja. Murah bukan?

Promosi ini dibuat bersempena dengan kemenangan AirAsia sebagai syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia sepuluh tahun berturut-turut oleh Skytrax.

Anda boleh layari laman web AirAsia untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai laluan yang ditawarkan secara promosi oleh AirAsia. Untuk pengetahuan anda, harga serendah RM0.10 cuma ditawarkan khas buat ahli BIG manakala buat bukan ahli BIG ditawarkan dengan harga RM15.10.

37630498_10161071986875001_8341076004957061120_n