Penggemar minuman Starbucks sila munculkan diri anda. Kami ingin beritahu satu berita yang pasti buat anda tersenyum gembira dan mungkin terus serbu cawangan Starbucks terdekat anda selepas ini.

Starbucks telah tawarkan promosi beli 1 percuma 1 bermula pada 22 Mei 2020 sehingga 16 Jun 2020 ini dan tersedia di kesemua cawangan Starbucks Malaysia kecuali di KLIA, KLIA2, Sunway Lagoon dan Genting Highland.

Tidak perlu gosok mata anda, memang betul apa yang anda baca. Anda hanya perlu memilih dan membeli mana-mana minuman black sesame dan dapatkan satu minuman kegemaran anda yang berharga sama atau lebih murah secara percuma. Mudah, bukan?

Adalah diingatkan bahawa promosi ini tidak sah untuk menebus mana-mana baucar atau promosi yang lain. Sebelum terlupa, promosi ini juga tidak sah menggunakan penghantaran. Tunggu apa lagi? Jom ke Starbucks berdekatan anda.

Apa kata anda cuba minuman terbaru Starbucks yang dilancarkan hari ini? Klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui minuman ‘awesome’ tersebut.

‘Fantasy Tail Frappucino’ Antara Menu Baharu Starbucks Yang Unik Dan Comel Anda Boleh Cuba Esok

Koleksi Edisi Terhad Starbucks x Herschel Supply Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia