Umum tahu kini merupakan musim durian dimana hampir setiap tempat buah durian ditawarkan dengan pelbagai harga dan jenis.

Melihat kepada kegilaan orang ramai terhadap Durian Musang King, Grab nampaknya kembali pada tahun ini dalam menawarkan promosi #GrabDurian dimana anda boleh dapatkan Durian Musang King di Kedai SS2 dengan harga RM20/kg.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

KV_RM20-LANDING-PAGE

Buat anda yang mahu mendapatkan Musang King tanpa kulit terus ke rumah, Grab turut menawarkannya dengan harga RM20/300g. Harga promosi ini boleh didapati dengan memasukkan kod GRABDURIAN dengan perbelanjaan minima RM40. Tempahan ini walau bagaimanapun cuma ditawarkan di kawasan sekitar Lembah Klang sahaja.

Sekiranya anda merupakan peminat Musang King dan tidak mahu bersesak ke Durian SS2, pastinya ini pilihan yang boleh anda cuba. Promosi #GrabDurian ini cuma berlangsung bermula daripada 26 Julai sehingga 28 Julai sahaja.

Anda Mungkin Suka