Penginapan yang murah adalah antara kriteria dicari oleh mereka yang mahu berjimat ketika melancong ke sesuatu destinasi dan pastinya anda akan mencari serta melihat ‘review’ sebelum membuat keputusan menginap di satu penginapan.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @azrarahman telah berkongsi sebuah hantaran di Twitter yang mempromosikan sebuah hotel murah tapi aesthetic di Jalan Ipoh.

Baca Juga:

Akan tetapi, penggunaan kata yang digunakan olehnya iaitu mengatakan ia hotel ‘kongkek’ tapi jadikan ‘aesthetic’ telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Perkongsiannya itu telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen tidak setuju dengan cara wanita tersebut mempromosikan hotel itu sebagai hotel ‘kongkek’.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen berpendapat bahawa melabel hotel itu sebagai hotel ‘kongkek’ seperti menormalisasikan perbuatan zina dan sepatutnya wanita itu sudah berstatus mak menggunakan perkataan yang sopan bukannya seperti itu.