Jika anda sedang bercadang untuk mendapatkan model terbaru iPhone serta menantikan harganya rendah sedikit, inilah masanya. Ya, model yang kami maksudkan adalah iPhone 8 dan 8 Plus yang baru sahaja dijual secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada 2 minggu yang lalu.

Melalui promosi terbaru daripada Lazada, pengguna boleh mendapatkan Apple iPhone 8 64 GB dengan harga serendah RM3,299. Begitu juga dengan model Apple iPhone 8 Plus yang ditawarkan dengan harga diskaun sehingga RM450. Buat anda yang baru sahaja membeli Apple iPhone 8, anda mungkin menyesal dengan promosi terbaru Apple ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
promosi iphone 8
Sumber: GearPatrol

Untuk pengetahuan anda, promosi yang dijalankan pada masa terhad ini hanya boleh didapati di Lazada dan cuma ditawarkan buat model iPhone 8 64 GB dan iPhone 8 Plus 64 GB sahaja. Pembelian model ini di outlet rasmi Apple masih lagi ditawarkan pada harga asal.

Berikut merupakan pautan pembelian Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus beserta harga bagi setiap model dengan harga promosi Lazada:

iphone-8-plus-35
Sumber: Cnet

Apple iPhone 8 64 GB: (Sebelum: RM3,699), (Selepas: RM3,299)
Apple iPhone 8 Plus 64 GB: (Sebelum: 4,149), (Selepas: RM3,699)

Sememangnya masa yang sangat sesuai untuk anda mendapatkan model terbaru iPhone dengan harga yang rendah memandangkan tawaran seperti ini tidak selalu dilakukan.