Datuk Seri Vida memuat naik satu kenyataan di laman Instagram bahawa pihaknya akan memberhentikan aktiviti mempromosikan Lavida Coin sepanjang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia membuat penelitian terhadap status wang kripto Lavida Coin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini, Lavida Coin yang dilancarkan oleh Datuk Seri Vida telah disenarai hitam dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia. Malahan, laman sesawang Lavida Coin tidak diiktiraf atau diluluskan dibawah undang-undang Bank Negara Malaysia.

Justeru itu, Datuk Seri Vida mengambil pendekatan untuk berbincang dengan bank negara mengenai status wang kripto Lavida Coin.

Beliau juga berterima kasih atas sokongan orang ramai dan mempercayai Lavida Coin. Bersama-samalah kita menunggu akan status wang kripto Lavida Coin ini.