Buat peminat barangan Apple diluar sana, kami yakin esok dan lusa merupakan hari yang paling menggembirakan buat anda. Sebabnya, Machines cawangan Avenue K bakal mengadakan promosi meliputi pelbagai device. Katakan saja, Apple iPhone, iPad dan Macbook semuanya ditawarkan dengan harga promosi.

Tawaran yang berlangsung ini akan bermula pada 28 Julai 2017 sehingga 30 Julai bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang. Dalam pada itu, buat ahli Machines anda beruntung kerana Machines bakal memberi peluang buat anda untuk shopping dengan lebih awal bermula esok iaitu 27 Julai 2017. Setakat ini, tawaran ini cuma berlangsung di Machines cawangan Avenue K sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

20139982_10155049276073138_6688449507696751999_n

Melihat kepada promosi penghabisan stok, pastinya anda boleh mengharapkan barangan yang dijual jauh lebih rendah berbanding harga retail. Berdasarkan harga yang ditawarkan, boleh kami katakan promosi ini berjaya membuat kami tergugat. Berikut merupakan antara yang ditawarkan.

MachinesKavenue1

MachinesKavenue2

MachinesKavenue3

Sekiranya anda tidak kisah untuk mendapatkan ExDemo unit iaitu unit yang digunakan pada outlet mereka, ternyata pilihan yang tersedia jauh lebih banyak. Harga yang ditawarkan juga lebih rendah.

Tidak hanya menawarkan model terdahulu, malah anda juga berpeluang untuk mendapatkan Apple iPhone 7 serta iPad Pro 12.9′ dengan harga yang jauh lebih rendah. Berikut merupakan antara model ExDemo yang ditawarkan.

MachinesKavenue4

MachinesKavenue5

Buat anda yang masih belum menjadi ahli Machines dan risau Apple iPhone pilihan anda jatuh ketangan orang lain, anda tidak perlu risau. Sebabnya, Machines masih memberi peluang buat anda untuk mendaftarkan diri sebagai ahli Machines selewat-lewatnya sehari sebelum penjualan iaitu hari ini. Dikhabarkan harga pendaftaran sebagai ahli Machines hanyalah RM30 sahaja.

Model manakah yang berminat anda dapatkan melalui promosi kali ini? Kongsikan wishlist anda di ruangan komen di bawah.