Hampir setiap tahun, pasti ada sahaja promosi besar-besaran yang ditawarkan pengedar rasmi Apple di Malaysia. Pada kali ini, Mac City yang bertempat di 1 Utama nampaknya bakal melakukan promosi yang sama menerusi jualan penghabisan stok tahun baharu.

Menerusi promosi yang ditawarkan, para pelanggan berpeluang mendapatkan barangan ex-demo dengan harga promosi sehingga 75%. Untuk pengetahuan, barangan ex-demo merupakan barangan yang digunakan dan dipamerkan di kedai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya menerusi promosi besar-besaran ini, para pengguna berpeluang mendapatkan iPhone serendah RM249 sahaja menerusi model iPhone 6. Selain itu, beberapa model lain seperti iPhone XS dan iPhone 11 Pro turut ditawarkan dengan harga yang berbaloi.

Tidak hanya memfokuskan kepada iPhone semata-mata, promosi ini turut membolehkan pengguna mendapatkan seleksi produk lain seperti iPad, iMac dan MacBook.

Promosi menarik ini bakal berlangsung bermula 1 Februari sehingga 28 Februrari 2021 ini. Walau bagaimanapun khas buat ahli Onecard, anda berpeluang mendapatkannya bermula 20 Januari ini.

iPhone 12 Pro berharga RM27,479 ini berjaya menarik perhatian ramai kerana bukan sahaja mahal tetapi tidak ditawarkan dengan kamera.

Ditawarkan Tanpa Kamera, iPhone 12 Pro Edisi ‘Khas’ Ini Dijual Dengan Harga RM27,479

Selepas iPhone, Apple Dijangka Lancarkan Kereta Elektrik Menjelang 2024