Ini masa yang ditunggu-tunggu oleh pemburu tiket murah untuk melancong, AirAsia nampaknya sekali lagi kembali dengan promosi tempat duduk percuma. AirAsia menawarkan 5 juta kerusi dengan harga promosi istimewa ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa serta turut menawarkan diskaun hotel, produk tambahan dan produk bebas cukai bagi melengkapi perjalanan anda.

Ahli AirAsia Big boleh menikmati tawaran yang istimewa dari serendah RM12 sehala dari Kuala Lumpur ke destinasi domestik, manakala bagi anda yang bukan ahli, harga tawaran yang diberi serendah RM17 sehala. Malah, penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Gold Coast, Xi’an, Seoul, Jaipur dan Osaka juga tersedia dengan tambang termasuk semua untuk ahli bermula dari RM199, atau terbang dengan lebih selesa dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka, Jeju dari hanya RM699.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2019-03-10_00-20-31

Promosi ini bakal berlangsung pada hari esok iaitu 11 Mac sehingga 17 Mac manakala tempoh penerbangan bermula 1 September 2019 hingga 2 Jun 2020. Akan tetapi, khas buat pengguna BIG Member, anda berpeluang membuat tempahan sehari lebih awal iaitu pada hari ini. Anda kini boleh membuat tempahan di laman web AirAsia atau aplikasi mudah alih AirAsia.

Apa tunggu lagi, ini masanya untuk anda merebut peluang membeli tiket mencipta memori bersama keluarga dan rakan bercuti ke destinasi pilihan.