Berita baik buat semua peminat tegar Star Wars di luar sana. Anda kini boleh memiliki helmet atau lighsaber yang anda lihat di dalam filem ‘Star Wars: The Force Awakens’ yang akan dikeluarkan oleh Propshop di Pinewood Studios. Ini adalah studio yang sama menghasilkan senjata dan perisai yang anda lihat dalam filem The Force Awakens.

Proses pembuatan replika ini bermula dengan proses 3-D digital scans berkualiti tinggi di mana item itu nanti kemudiannya dibuat menggunakan teknologi 3D-printing. Awesome!

Ada di antara item ini akan dikeluarkan dalam kuantiti yang sangat terhad untuk menjadikannya lebih bernilai dan rare. Harga untuk helmet dan lightsaber ini bukannya murah. Anda boleh lihat harga setiap produk di gambar.

1. Darth Vader’s Melted Helmet – $3,500 (RM14,566)

star-wars-high-quality-replica-props-by-lucasfilm-and-disney-3

2. FN-2187’s Stormtrooper Helmet – $1,750 (RM7,280)

star-wars-high-quality-replica-props-by-lucasfilm-and-disney-1

3. Kylo Ren’s Helmet – $2,000 (RM8,300)

kylo ren helmet

4. Poe Dameron’s X-Wing Helmet – $1,500 (RM6,237)

star-wars-high-quality-replica-props-by-lucasfilm-and-disney-2

5. Chewbacca’s Bowcaster – $2,500 (RM10,397)

chewbecca

6. Kylo Ren’s Lightsaber Hilt – $1,250 (RM5,198)

star-wars-high-quality-replica-props-by-lucasfilm-and-disney-6

7. Rey’s Lightsaber Hilt – $1,250 (RM5,198)

star-wars-high-quality-replica-props-by-lucasfilm-and-disney-7

8. Rey’s Staff -$1,250 (RM5,198)

star-wars-high-quality-replica-props-by-lucasfilm-and-disney-8

Untuk peminat tegar Star Wars, jangan lepaskan peluang untuk membeli barangan replika ini di sini. Rasanya untuk harga RM15,000 untuk helmet Darth Vader itu, pelaburan ini pasti berbaloi sebab harga barangan ini pasti akan naik dari masa ke semasa. Anda boleh lihat pembuatan prop replika ini dalam video di bawah. May the force be with you!

Sumber