Grant Imahara, seorang host merungkai kebenaran di sebalik mitos aka mythbuster telah pergi melawat ke sebuah kilang pemprosesan kentang goreng Mc Donald di Idaho, Amerika Syarikat untuk mengikuti proses awal hingga akhir penghasilan kentang goreng. Beliau mendapati terdapat 14 bahan digunakan bagi penyediaan dan penghasilan kentang goreng. Semuanya dilakukan demi menghasilkan kualiti yang konsisten buat semua kentang goreng yang dihantar ke semua outlet Mc Donald.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lihat senarai bahan-bahan tersebut! Ia bukanlah bahan biasa yang boleh dijumpai di dapur anda. Malah, Grant Imahara menyatakan dimethylpolysiloxane, sejenis silikon digunakan di dalam penghasilan kentang goreng Mc Donald bersama-sama petrol-based chemical bernama tertiary butylhydroquinone (TBHQ). Wah! Terkejut kan. Namun, Imahara telah memastikan bahawa bahan tambah yang digunakan tersebut adalah selamat dan untuk tujuan yang baik iaitu dimethylpolysiloxane untuk mencegah minyak masak dari berbuih dan TBHQ sebagai bahan pengawet makanan.

Ikuti keseluruhan proses penghasilan kentang goreng Mc Donald disini:

https://www.youtube.com/watch?v=el0EDgyO39w

Ini pula sesi soal jawab yang Imahara cuba rungkaikan. Mungkin persoalan anda terjawab disini juga:

https://www.youtube.com/watch?v=x6RBtx4JU3c

Kedua-dua video ini dimuatnaik di akaun Youtube milik Mc Donald. Jadi, ada pendapat di ruangan komen di bawah video-video di Youtube ini menyatakan ada berlaku biased. Apa pendapat anda pula?

Kongsikan bersama kami di sini atau di Facebook The Vocket.