Jika di ajukan soalan kepada anda, apakah hobi anda? Mungkin bermacam-macam jawapan diberikan antara yang paling ‘cliche’ ialah membaca novel, memancing, atau melancong.

Seperti pemuda ini yang mempunyai hobi mengumpul dan membaik pulih kereta antik. Walaupun sekadar hobi, tetapi ia memerlukan belanja yang banyak malah aspek penjagaannya juga perlu di ambil kira.

Tambahan pula, penjagaan kereta antik sangat rumit. Malah agak sukar untuk menemui alat ganti kereta antik apabila pembuat kereta berhenti daripada mengeluarkan model kereta berkenaan. Meskipun dilihat sebagai suatu pembaziran namun kerana minat pasti ia tidak menjadi masalah.

Terbaharu, melalui akaun Safuan Mat Yatya pemuda ini berkongsi hobinya dan perjalanan membaiki sebuah kereta antik ini.

 

Menurut beliau, sepupunya berhajat untuk membeli sebuah kereta ‘old school’ yang sudah siap . Beliau pun menyarankan untuk mencari sebuah kereta usang yang hampir reput untuk dipulihkan kerana baginya itu lebih mencabar dan menarik.

Jadi, setelah puas survey dan melakukan pencarian ke beberapa tempat beliau akhirnya menjumpai sebuah kereta antik model 1980 Datsun 120Y 4-Door Sedan dan dibeli dengan harga RM500.

Beliau menambah ada beberapa sebab mengapa kereta berkenaan berharga sedemikian kerana keadaanya yang hampir seperti besi buruk, enjin kereta yang sudah tidak berfungsi, tersadai hampir 10 tahun dan beberapa kekurangan lagi terdapat pada kereta tersebut.

Selepas membeli kereta berkenaan, beliau cuba untuk menghidupkannya namun gagal. Bukan itu sahaja, pelbagai lagi cara dilakukannya untuk penambahbaikan kereta tersebut. Tetapi beliau bersyukur walaupun kereta tersebut mempunyai pelbagai kekurangan namun berjaya mendapat kelulusan puspakom.

Perkongsian pemuda ini berjaya mencuri perhatian warganet dan rata-ratanya berharap beliau akan terus berkongsi proses pembikinan kereta tersebut.

https://twitter.com/atribut94/status/1177123248611319808

Buat masa ini proses membaiki kereta ini masih berjalan. Namun dengan kegigihan beliau, pastinya ia akan berhasil suatu hari nanti. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih info mengenai perjalanan proses kereta tersebut, anda boleh mengikuti Twitter beliau.

Ini pula artikel mengenai kereta Myvi yang berjaya diubah suai dengan konsep baru. Klik link di bawah. 

https://www.thevocket.com/lelaki-berusia-21-tahun-ini-berjaya-mengubahsuai-kereta-myvi-dengan-konsep-tesla/

Tonton Lelaki Ini ‘Lenjan’ Proton Saga 2019 Naik Genting Highlands