Sebelum penggunaan lorong RFID bakal dikembangkan bermula awal tahun baharu ini, orang ramai lebih selesa menggunakan kaedah pembayaran tol melalui kad Touch ‘n Go dan juga SmartTAG.

Bagaimanapun, satu perkara yang kurang digemari ramai apabila aplikasi mudah alih Touch ‘n Go yang diperkenalkan sejak tahun 2018 lalu masih tidak boleh membantu pengguna menambah nilai kad masing-masing dengan mudah.

Baru-baru ini salah seorang pengguna Twitter @Zuliana_Azira2 telah berkongsi semula satu video pendek di YouTube, di mana pengguna jalan raya di Indonesia boleh menambah nilai kad dengan kaedah e-money melalui aplikasi mudah alih dan fungsi NFC pada telefon pintar.

https://twitter.com/Zuliana_Azira2/status/1479848956771201026?s=20

https://www.youtube.com/watch?v=on5QcjnfNog

Di dalam video tersebut, wanita tersebut hanya membuka aplikasi mudah alih Livin’, lalu mengimbaskan kad di atas telefon pintarnya untuk pengesahan. Seterusnya, dia memilih jumlah tambah nilai dan terus membuat pembayaran.

Kemudian, dia sekali lagi mengimbaskan kad di atas telefon pintar untuk memindahkan jumlah tambah nilai ke dalamnya menerusi fungsi NFC. Wanita itu boleh boleh membayar tol menggunakan kad seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Proses tambah nilai yang cuma mengambil masa yang singkat itu telah menarik perhatian netizen yang mahukan pihak Touch ‘n Go melaksanakan solusi yang sama di sini.

https://twitter.com/MagzSe7en/status/1481158815030837248?s=20

https://twitter.com/shaifulshrdn/status/1481202730341666816?s=20

Tambah netizen lagi, jika kad boleh ditambah nilai menggunakan telefon pintar sahaja, mereka tidak perlu lagi membahayakan diri keluar daripada kenderaan dan melintas di antara pondok-pondok tol untuk menambah nilai pada mesin layan diri.

Bagaimanapun, dalam satu ciapan balas yang dikongsikan oleh Touch ‘n Go, mereka menyatakan bahawa Touch ‘n Go merupakan kad pintar tanpa sentuh yang mempunyai mikrocip di dalamnya. Jadi, kad fizikal perlu di sentuh kepada terminal tambah nilai.

Tambah Touch ‘n Go lagi, tambah nilai kad Touch ‘n Go melalui aplikasi eWallet atau secara atas talian belum tersedia buat masa kini. Orang ramai masih lagi perlu pergi ke mana-mana tempat terpilih yang mempunyai terminal untuk tambah nilai kad tersebut.

Penggunaan SmartTAG didakwa mampu mempercepatkan pelaksanaan ‘lebuh raya bebas kesesakan’ berbanding sistem pembayaran menggunakan teknologi RFID. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

EFKON Asia Dakwa Sistem SmartTAG Lebih Bagus, 10,000 Kali Lebih Pantas Berbanding RFID

Wanita Bayar Tol Dan Barangan Farmasi Guna ‘Jam Tangan TnG’ Raih Perhatian Ramai

Sumber