Sementara menunggu pelancaran kereta kompak terbaru keluaran Proton iaitu Proton Iriz P2-30A Global Small Car, apa kata kita imbas kembali dua model Proton terdahulu yang mempunyai rekabentuk pelik.

  1. Proton Savvy
     

     
    Proton Savvy adalah kereta kategori supermini yang mula dikeluarkan pada tahun 2005.

    Ianya merupakan model pengganti kepada Proton Tiara.

    Ada yang menyamakan bahagian bonet depan Proton Savvy dengan mangkuk tandas jenis duduk. Tetapi bagi kami ianya tidaklah kelihatan begitu teruk.

    Yang mencacatkan kereta ini sebenarnya ialah rekabentuk bahagian belakangnya. Ianya kelihatan seperti bahagian bonet depan Proton Waja (model sedan Proton) yang dilenyekkan.

    Bahagian dimana logo Proton diletakkan mempunyai rekabentuk seperti ekor kura-kura. Difahamkan ekor kura-kura itu mengambil konsep bentuk wau.

    Hasil daripada maklum balas orang ramai tentang rekabentuk kereta ini, pihak Proton mengambil keputusan mengemaskini rekabentuk bahagian belakang untuk model faceliftnya pada tahun 2007.

    Cuma dua tahun selepas pelancaran model asalnya.

  2.  

  3. Proton Juara
     

     
    Proton Juara pula boleh dikategorikan sebagai microvan.

    Ia mula dipasarkan pada tahun 2001. Disebabkan permintaan yang tidak memberangsangkan, pengeluarannya ditamatkan pada tahun 2003. Ia cuma mampu bertahan selama 3 tahun di pasaran automotif Malaysia.

    Rekabentuk kereta ini secara amnya kelihatan seperti sebuah kotak.

    Ramai forummers yang menggelar kereta ini dengan panggilan ‘Peti ais bergerak’.

    Ramai juga yang tidak tahu bahawa kereta ini bukanlah rekaan Proton sepenuhnya. Ia sebenarnya diasaskan daripada model Mitsubishi Town Box. Model Mitsubishi ini juga digunakan oleh Nissan untuk model Nissan Clipper Rio.
     

     
    Walau bagaimanapun, kereta ini memang juara.

    Juara dalam kategori rekabentuk paling pelik untuk model keluaran Proton!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤