Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah beberapa keping gambar tular yang menjadi buah mulut orang ramai pada minggu lalu,  akhirnya Proton akan mengadakan acara pelancaran pada 18 Februari ini secara virtual pada pukul 11 pagi melalui Facebook page rasmi Proton.

Empat buah model kereta yang akan dilancarkan nanti ialah Proton Persona Black Edition, Proton Exora Black Edition, Proton Saga R3 Limited Edition dan Proton Iriz R3 Limited Edition.

Elegance, prestige, strength, mysterious these are the elements that define beauty from within.Introducing the Proton…

Posted by Proton Cars on Sunday, February 14, 2021

Kita sedia maklum untuk model kereta R3 Limited Edition akan menggunakan elemen dan kemasan warna yang sama seperti Proton Saga Anniversary Edition yang dilancarkan pada tahun lalu.

Tetapi untuk kereta model Black Edition masih tiada butiran lanjut mengenai model edisi istimewa ini. Ternyata akan menggunakan warna hitam sebagai warna utama pada kedua-dua model ini nanti.

Jangan lupa untuk menonton pelancaran rasmi pada 18 Februari, 11 pagi di Facebook page rasmi Proton atau anda boleh isi borang minat untuk melihat kereta-kereta terbaru ini lebih dekat di laman web khas yang disediakan.

Pada minggu lalu, tular beberapa keping gambar kereta Proton ‘R3 Limited Edition’ sudah menaiki treler menuju ke satu lokasi.

Sudah Mula Naik Treler, Model Proton ‘R3 Limited Edition’ Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi?

3 Model Proton Edisi R3 Bakal Dilancarkan Tahun Ini?

 

Anda Mungkin Suka