Pada akhir tahun lalu, telah banyak gambar-gambar spyshot yang telah tular di media sosial mengenai kereta-kereta Proton dikatakan edisi terhad sedang dipandu uji sekitar tanah air kita. Ada yang ternampak di sekitar kawasan Maran, Pahang dan Johor Bahru, Johor.

vocket-proton-persona-iriz-limited-edition-maran-pahang

Spyshot Di Maran, Pahang | Sumber Gambar: Wapcar.my

vocket-proton-persona-iriz-limited-edition

Spyshot Di Johor Bahru, Johor | Sumber Gambar: Careta.my

Tiga buah model kereta Proton yang dikatakan edisi terhad tersebut ialah Proton Persona Black Edition, Proton Iriz R3 Edition dan Proton Saga R3 Edition.

Berdasarkan gambar-gambar spyshot yang tular sekitar tahun lalu, kita dapat lihat kedua-dua buah kereta Proton Persona Black Edition dan Proton Iriz R3 Edition ini akan menggunakan warna hitam dan kuning yang sama seperti Proton Saga Anniversary Edition dan kedua-dua buah kereta ini akan menggunakan set tayar yang baru.

vocket-dua-Buah-Kereta-Proton-Edisi-Terhad-Pada-Tahun-Ini-proton-iriz-r3

Proton Iriz R3 Limited Edition | Sumber Gambar: Funtasticko.net

Manakala untuk Proton Saga R3 Edition pula, kita dapat melihat beberapa bahagian menggunakan aksen berwarna kuning seperti di kluster meter, bahagian bawah corong pendingin hawa dan butang pada steering wheel.

Dalam masa yang sama, kita dapat melihat sulaman jahitan aksen berwarna kuning di sekitar bahagian steering wheel dan tempat duduk. Perkataan R3 Limited Edition turut dipertontonkan pada bahagian sistem infotainment dan juga pada tempat duduk.

vocket-tiga-Buah-Kereta-Proton-Edisi-Terhad-Pada-Tahun-Ini-proton-saga

Proton Saga R3 Limited Edition | Sumber Gambar: Careta.my

Ketiga-tiga buah model kereta Proton edisi terhad ini bakal dilancarkan sekitar tahun 2021 ini. Bersama-sama kita tunggu pengumuman rasmi oleh pihak Proton nanti!

Baca 10 kejayaan yang berjaya dicapai oleh Proton walaupun menghadapi cabaran wabak COVID-19 sepanjang tahun 2020 yang lalu.

10 Kejayaan Yang Berjaya Dicapai Oleh Proton Sepanjang 2020

Proton X50 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Serendah RM79,200

Proton Saga Anniversary Edition Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM39,300

Proton X70 CKD Dilancarkan Dengan Harga Bermula Daripada RM94,800

Anda Mungkin Suka