Selepas Preve, satu lagi model keluaran Proton bakal ditamatkan pengeluarannya dalam masa terdekat iaitu model MPV Ertiga. Model Ertiga tersebut baru sahaja diperkenalkan oleh Proton pada bulan November 2016 lalu dan hanya tinggal beberapa ratus unit sahaja lagi yang bakal dikeluarkan sebelum ia ditamatkan sepenuhnya nanti.

Model hasil usaha sama Proton dengan Suzuki Motor Corporation Japan itu sudah hampir mencapai kuota jumlah unit pengeluaran yang ditetapkan dan hampir 22,000 unit Ertiga telah dijual oleh Proton setakat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ertiga merupakan MPV pertama Malaysia berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) selain menjadi model pertama hasil kerjasama Proton dan Suzuki Motor Corporation Japan. Model Ertiga mempunyai sedikit perbezaan varian yang sebelumnya iaitu jeriji hadapan dengan kemasan krom lebih gelap, sarung fabrik tempat duduk dan sebahagian kemasan tepi panel pintu yang berwarna lebih gelap dan skrin sentuh bersaiz 7-inci untuk penggunaan Bluetooth, Smart E-link dan pemain DVD.

Ertiga bakal menjadi model pertama dan terakhir Proton dengan Suzuki kerana hala tuju Proton telah berubah dengan kehadiran Rakan Strategik Asing iaitu Geely dan baru-baru ini mereka telahpun melancarkan model pertama mereka iaitu X70.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.