Lama dinantikan pengguna sejak 2018, akhirnya penantian peminat Proton serta peminat crossover SUV bakal berakhir apabila dilaporkan Proton X50 bakal dilancarkan pada tahun ini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Kehadiran video Hari Kemerdekaan ke-63 Malaysia daripada Proton menampilkan Proton X50 sekaligus memberi bayangan model ini bakal dilancarkan dalam tidak lama lagi.

Berdasarkan gambar yang tertiris sebelum ini, Proton X50 dikatakan bakal hadir dengan empat varian berbeza melaui penawaran enjin 1.5 liter turbo. Harga yang bakal ditawarkan adalah sekitar RM75,800 sehingga RM103,800. Dalam pada itu, orang ramai masih lagi menantikan harga rasmi yang bakal diumumkan Proton kelak.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Kehadiran Proton X50 dijangka bakal memberi saingan kepada beberapa jenama yang hadir dengan harga yang setara seperti Perodua dan Honda. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi daripada Proton.

Tular sebelum ini apabila Proton X50 dikatakan bakal ditawarkan pada harga serendah RM75,800. Tonton juga pandang pertama Geely Binyue yang dijenamakan sebagai Proton X50.

Proton X50 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM75,800?

Tonton Pandang Pertama Geely Binyue Yang Bakal Dijenamakan Sebagai Proton X50