Proton mula mengorak langkah ke hadapan dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan smart Automobile Company (smart) untuk bekerjasama bagi memperkenalkan kenderaan tenaga baharu (NEV) keluaran smart dalam pasaran automotif ASEAN baru-baru ini.

Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan baru-baru ini, kerjasama itu akan dijayakan oleh Proton Edar yang akan dilantik sebagai pengimport, pengedar dan pengedar untuk kereta elektrik smart di Malaysia dan Thailand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Manakala, smart Automobile (Nanning) Sales Co. Ltd. (anak syarikat milik penuh smart Automobile) yang akan berperanan sebagai ‘pintu masuk’ untuk smart menembusi pasaran di rantau ini.

Sumber Gambar: Proton
Sumber Gambar: Proton

Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung secara maya dengan Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, dan Ulf Nestler, Naib Presiden Kewangan untuk smart, bertindak sebagai penandatangan bagi syarikat masing-masing.

Turut hadir menyaksikan acara tersebut ialah Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton, Tong Xiangbei, Ketua Pegawai Eksekutif smart dan Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Dato’ Sri Syed Faisal Albar menyatakan kerjasama ini membuka lembaran baharu buat Proton meneroka industri NEV bagi memperoleh pengalaman dalam penjualan, servis dan pengecasan NEV serta membina set kemahiran yang diperlukan untuk menjadi kuasa besar dalam sektor NEV yang semakin berkembang pesat di ASEAN.

Model-model terbaharu yang dikeluarkan oleh smart merupakan hasil kerjasama di antara Geely dan Mercedes-Benz dalam mengeluarkan model kereta elektrik premium segmen-B.

Menurut ramalan Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), pasaran NEV akan berkembang kepada kira-kira 10 juta unit di Asia Tenggara menjelang 2025 nanti.

Dengan portfolio produk baharu yang akan dilancarkan pada masa akan datang, smart akan berada pada kedudukan yang strategik untuk memanfaatkan pertumbuhan di rantau ASEAN.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Proton telah membuat satu pelaburan besar dengan menambah kilang baharu dan teknologi terkini untuk menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Proton Labur RM200 Juta Tambah Kilang Baharu Di Tanjung Malim

Polis Kenya Pilih SUV Proton X70 Sebagai Kenderaan Rasmi

Mantan Pereka Proton Kongsikan Rekaan ‘Saga Knight Concept’ Sempena Hari Kemerdekaan Ke-64

Sumber