Proton hari ini telah mengumumkan prestasi penjualannya untuk Februari yang lalu di mana mereka berjaya mencapai pegangan pasaran sebanyak 27.1% tahap tertinggi sejak tujuh tahun lalu dengan menjual 11,873 unit kereta untuk pasaran domestik dan eksport.

Tambah Proton lagi, mereka berjaya menamatkan bulan Februari di kedudukan kedua di Malaysia dengan penjualan hampir dua kali ganda pada bulan Januari sebanyak 5,964 unit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebanyak 3,345 unit Proton X50 dan 1,474 unit Proton X70 telah terjual pada bulan lalu menjadikan Proton sebagai pengeluar SUV yang mempunyai prestasi terbaik dan paling banyak berbanding mana-mana jenama di negara ini.

“Berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2020, jumlah telah meningkat 19.9%. Proton Saga masih merupakan model segmen A yang mendapat jualan tinggi sebanyak 4,217 unit.

vocket-proton-jualan-tertinggi-februari
Sumber Gambar: Proton

“Kereta tersebut menjadi pilihan orang ramai kerana memenuhi reka bentuk, pratikaliti dan harga yang berbaloi mengikut keperluan majoriti pembeli. Model tersebut juga merupakan kereta pertama Proton yang dijual di Kenya dan dipasang secara tempatan oleh rakan kongsi Proton iaitu Simba Corporation,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

Tambah beliau lagi, tahun ini Proton fokus pada meningkatkan kualiti servis selepas penjualannya sehingga pelanggan dapat menikmati pengalaman jenama premium setelah membeli kereta dari mereka.

Pada 26 Februari, Proton telah menerima 1,169 tempahan dari jumlah pengeluaran terhad 3,500 unit untuk empat model edisi khas yang dilancarkan pada bulan lalu.

Pada bulan lalu, Proton telah melancarkan empat buah kereta model edisi khas yang ditawarkan dengan unit yang terhad. Baca lebih lanjut di pautan bawah.

Proton Lancar 4 Model Edisi Terhad, Harga Bermula RM42,300

Sudah Mula Naik Treler, Model Proton ‘R3 Limited Edition’ Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi?

Pemandu Selamat Walaupun Kereta ‘Total Lost’, Proton X50 Layak Terima Penarafan NCAP ASEAN 5-Bintang