Pada pukul 11 pagi tepat tadi, Proton telah melancarkan empat buah kereta edisi khas yang menjadi bualan rakyat Malaysia semenjak tahun lepas lagi. Acara pelancaran tersebut telah dibuat secara virtual di Facebook Page rasmi Proton.

Acara pelancaran virtual yang berlangsung selama 26 minit sebentar tadi telah dihoskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton sendiri iaitu Roslan Abdullah dan Azlan Othman, Ketua Pereka Proton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Di Proton, kami sentiasa mengambil kira maklum balas pelanggan dan anda akan menyedari betapa anda mahukan lebih banyak variasi Edisi Khas.

“Model Edisi Khas kami direka bentuk untuk memberikan lapisan gaya tambahan kepada model semasa,” kata Roslan Abdullah.

Mari kita lihat ringkasan keempat-empat model yang dilancarkan sebentar tadi.

Proton Persona Black Edition (RM54,700)
vocket-proton-persona-black-edition
Sumber Gambar: Mekanika

Kereta Proton sedan segmen-B ini menggunakan kombinasi warna hitam dengan kemasan berwarna emas pada bahagian dalam dan luar kereta. Kereta ini menggunakan rim aloi bersaiz 15-inci dengan warna dwitona dan kemasan berwarna emas. Manakala tempat duduk dan stereng kereta dibaluti dengan kemasan leatherette.

Proton Exora Black Edition (RM67,800)
vocket-proton-exora-black-edition-1
Sumber Gambar: Berita Harian

Kereta MPV 7-tempat duduk ini menggunakan kombinasi warna metallic Quartz Black dengan kemasan berwarna emas pada bahagian luar kereta. Ia juga menggunakan kemasan leatherette untuk membaluti tempat duduk dan stereng kereta. Untuk model Black Edition ini, Proton Exora dilengkapi dengan skrin paparan di bumbung dan penapis udara kabin N95.

Proton Saga R3 Limited Edition (RM42,300)
vocket-proton-saga-r3-limited-edition
Sumber Gambar: Mekanika

Lebih kurang sama seperti model Saga 35th Anniversary Edition yang ditawarkan pada tahun lalu dengan menggunakan warna kuning untuk menonjolkan ‘Edisi Khas’nya. Kereta Proton Saga R3 Limited Edition ini menggunakan pelekat ‘R3’ pada beberapa bahagian seperti di cermin hadapan, pintu sisi kiri kanan dan lencana ‘R3’ pada bonet belakang kereta.

Pihak Proton juga telah menambah bodykit R3 yang sporty pada sekeliling bahagian luaran kereta dan menggunakan rim aloi saiz 15-inci dengan kemasan kelabu matte. Ia turut disertakan dengan alas kaki R3.

Proton Iriz R3 Limited Edition (RM52,900)
vocket-proton-iriz-r3-limited-edition
Sumber Gambar: Mekanika

Kereta paling banyak gambar spyshot dan dikenali sebagai ‘Angry Bird’ ini hadir dengan warna hitam dan kemasan kuning di sekeliling kereta. Ia juga menggunakan bodykit R3 sporty lengkap pada keliling luaran kereta dan dihiasi dengan lencana R3 pada bahagian pintu belakang, spoiler cermin hadapan dan juga dashboard kereta.

Seperti yang diperkatakan oleh orang ramai, model-model Edisi Terhad yang dilancarkan kali ini tidak mempunyai perubahan ‘dalaman’ melainkan tambahan kosmetik pada kereta sahaja.

Keempat-empat model kereta Edisi Khas ini dijual dengan kuantiti yang terhad. Selaras dengan pengecualian cukai jualan di bawah skim PENJANA, Proton telah menawarkan harga istimewa bagi model Edisi Khas ini sah sehingga 30 Jun 2021.

Anda boleh menonton video penuh pelancaran Black Edition dan R3 Limited Edition melalui video yang kami kongsikan di atas. Keempat-empat model ini boleh didapatkan di bilik pameran Proton di seluruh negara atau layari laman web rasmi Proton untuk membuat tempahan.

Adakah anda akan mendapatkan salah satu model yang ditawarkan? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Baca lagi artikel-artikel yang berkaitan dengan Proton yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Pemandu Selamat Walaupun Kereta ‘Total Lost’, Proton X50 Layak Terima Penarafan NCAP ASEAN 5-Bintang

Nampak Seperti Kereta Baru, Proton Saga Tahun 1989 Mahu Dijual Dengan Harga RM25,000

Proton Saga Masuk Pasaran Nepal, Dijual Pada Harga Bermula RM122,700