Setelah berkongsi beberapa video teaser pada awal minggu ini, pada pagi tadi Proton telah melancarkan dua model baru iaitu Persona dan Iriz ‘Active’ yang lebih menarik serta bergaya dengan meningkatkan taraf pada rekaan luaran dan dalaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata dalam satu kenyataan media, Proton Iriz dan Persona telah memenangi banyak peminat sejak diperkenalkan, oleh itu pembuat kereta nasional itu telah memperbaharui kedua-dua model tersebut dengan perubahan gaya baru untuk menarik minat lebih meluas di kalangan orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Perubahan reka bentuk dan penambahan varian ‘Active’ untuk Proton Iriz akan membantu meningkatkan daya tarikan orang ramai, manakala perubahan yang telah kami buat pada ruang dalaman dan sistem infotainmen bagi memastikan ia dapat berikan keselesaan dan ‘connectivitiy’ yang lebih baik sambil mengekalkan pengalaman pemanduan kereta Proton,” terang Roslan.

Perubahan yang paling ketara pada bahagian kabin dalam Proton Iriz dan Persona 2022 adalah pengenalan sistem infotainmen bersaiz 8 inci baru lengkap dengan fungsi arahan suara ‘Hi PROTON’ yang diperbaharui untuk mengawal beberapa fungsi seperti penyaman udara, tingkap pemandu, sistem komunikasi, peta navigasi dan hiburan.

Proton Persona

vocket-proton-persona-3-1
Sumber Gambar: Paultan.org
vocket-proton-persona-2-1
Sumber Gambar: Paultan.org
vocket-proton-persona-4-1
Sumber Gambar: Paultan.org

Kereta ini hadir dengan rekaan gril hadapan yang direka semula yang turut menggunakan logo baharu Proton. Pada bahagian belakang pula, Proton telah mengubah rekaan lampu bagi menampakkan rekaan lebih menarik. Kereta ini turut menggunakan rim yang tampak sporty bersaiz 16-inci untuk varian Executive dan Premium.

Model ini ditawarkan sehingga lima pilihan warna serta tiga jenis varian iaitu Persona 1.6L Standard (RM45,200), Persona Executive (RM50,100) dan juga Persona Premium (RM54,900). Harga tersebut tidak termasuk kos-kos lain.

Proton Iriz

vocket-proton-iriz-active-1-1-1
Sumber Gambar: Paultan.org
vocket-proton-iriz-active-2-1
Sumber Gambar: Paultan.org
vocket-proton-iriz-active-3-1
Sumber Gambar: Paultan.org

Manakala untuk model Iriz pula, Proton telah menambah satu lagi varian yang dikenali sebagai Proton Iriz ‘Active’ yang menampilkan rupa yang nampak sedikit lebar’ berbanding model biasa. Difahamkan model ini dihasilkan berdasarkan model konsep yang pernah didedahkan oleh Proton pada tahun 2014.

Untuk model ini pula, ia ditawarkan sehingga enam pilihan warna serta tiga jenis varian iaitu Iriz 1.3L Standard (RM40,300), Iriz 1.6L Executive (RM47,800) dan  Iriz 1.6L Active (RM54,000) tidak termasuk kos-kos lain. Harga tersebut tidak termasuk kos-kos lain.

Jika anda mahu menjadi antara orang terawal untuk memiliki model-model facelift yang baru sahaja dilancarkan pada hari ini, anda sudah boleh mula menempah Proton Persona 2022 di sini dan Proton Iriz 2022 di sini. Anda juga boleh menempah untuk test drive kedua-dua model baru ini terlebih dahulu melalui pautan ini.

Baru-baru ini seorang pereka grafik telah berkongsi rekaan konsep ‘Proton S50’ yang mungkin diperkenalkan sekitar tahun ini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Mungkin Ini ‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini?

Model ‘Rare’ Proton Saga Ini Menang Tempat Pertama Di Pameran Kereta Antarabangsa