Jika beberapa tahun lalu Proton berjaya berdiri megah sebagai jenama pilihan utama rakyat Malaysia melalui jumlah jualannya yang tinggi kini tidak lagi. Kedudukan ini telahpun diambil alih oleh Perodua bagi kategori kereta tempatan manakala Honda sebagai jenama luar negara yang paling banyak dijual.

Mengulas mengenai isu yang berlaku, Li Chunrong selaku CEO Perusahaan Otomobil Nasional Bhd’s (Proton) mengatakan Proton harus bangkit semula serta optimis dalam mencapai sasaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Economics
CEO Proton, Li Chunrong. Sumber: themalaysianreserve

Langkah pertama yang akan dilakukan Proton adalah melancarkan model SUV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dimana model ini dijangkakan bakal mengatasi jumlah penjualan Honda CR-V. Model ini juga telah terbukti berjaya selepas menunjukkan nilai penjualan yang positif di Jepun.

Li Chunrong turut menambah jenama Proton tidak lagi melihat Perodua sebagai pencabar sebaliknya telah mula memfokuskan kepada jenama seperti Honda. Walaubagaimanapun, gaya pemikiran atau mindset dikalangan para pengguna di Malaysia haruslah diubah dalam memilih jenama kereta.

Sumber: mole.my

Proton juga baru-baru ini telah menghantar sebanyak 453 model kereta ke Jordan dimana kereta-kereta ini bakal dijual di negara sekitar Timur Tengah. Pihak Zheijiang Geely juga akan cuba membantu dalam meningkatkan jumlah penjualan Proton di negara luar dimana syarikat ini mensasarkan lebih 1,000 model kereta bakal dieksport pada tahun ini.

Pada pendapat anda, mampukah Proton bangkit semula hasil gabungan bersama Geely? Mampukah gabungan dua jenama ini meningkatkan kualiti serta kuantiti penjualan?

Sumber