Setelah melihat pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun lalu, pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd mahu lipat ganda jumlah eksport dan penjualannya pada tahun 2021.

Walaupun industri automotif tempatan terjejas dengan pandemik COVID-19, beberapa kejayaan berjaya dicapai oleh Proton pada Disember tahun lepas seperti permulaan operasi CKD di Kenya dan pelancaran Proton X70 di Pakistan.

Kedua-dua aktiviti ini telah menyumbang kepada penumbuhan jualan eksport sebanyak 50% pada akhir tahun 2020. Jika berbanding dengan penumbuhan bagi jualan pasaran tempatan hanyalah 8.8% sahaja.

vocket-model-kereta-proton
Sumber Gambar: Proton

Menurut Proton, mereka optimis mahu meningkatkan penjualan eksport sekiranya aktivti eksport tidak terjejas akibat sekatan untuk mengawal pandemik. Antara model-model kereta yang akan dijual untuk meningkatkan jumlah eksport ialah Proton Saga, Proton X70 dan Proton X50.

“Kami menyasarkan penambahan yang mendadak bagi 2020 tetapi rancangan tersebut terjejas akibat COVID-19. Walau bagaimanapun, kami berjaya menambah jualan eksport dan menebus pasaran baru seperti Kenya.

“Dan kami telah melancarkan Proton X50 di Brunei hanya dua bulan selepas ia dilancarkan di Malaysia dan ini memberi dorongan positif untuk usaha kami tahun ini,” kata Steven Xu, Pengarah Jualan Antarabangsa Proton.

proton-brunei
Sumber Gambar: Facebook

Salah satu lagi strategi yang digunakan untuk meningkat jualan eksport ialah melalui rancangan pengenalan, promosi dan pelancaran produk.

Disebabkan pengedar dan pengimport kenderaan Proton di luar Negara dimiliki oleh entiti tempatan, pihak Proton berkerjasama dengan mereka untuk memastikan ketiga-tiga aktiviti tersebut bersesuaian dengan keadaan pasaran tempatan.

proton-nepal
Sumber Gambar: Facebook

“Jenama PROTON kini berusia lebih 35 tahun dan walaupun ia mempunyai pengiktirafan jenama yang kuat dari aktiviti eksport dahulu dan penyertaan dalam sukan permotoran antarabangsa, produk kami tidak boleh didapati di banyak pasaran antarabangsa.

“Dengan kerjasama rakan antarabangsa kami, PROTON berhasrat untuk menyampaikan mesej yang konsisten di semua pasaran eksport kami dan ini akan mempermudah nama jenama Proton untuk memantapkan dirinya di lebih banyak pasaran antarabangsa,” kata Roslan Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

Proton berjaya menutup akhir tahun 2020 dengan jumlah jualan sebanyak 109,716 unit berbanding 100,821 unit yang terjual pada tahun 2019. Tahun 2020 mencatat pertumbuhan jualan tertinggi Proton semenjak tahun 2012.

Pada pertengahan bulan Januari lalu pihak Proton telah mula mengeksport kereta Proton Saga ke pasaran Nepal.

Proton Saga Masuk Pasaran Nepal, Dijual Pada Harga Bermula RM122,700

https://www.thevocket.com/10-kejayaan-yang-berjaya-dicapai-oleh-proton-sepanjang-2020/

https://www.thevocket.com/proton-bakal-mengeluarkan-3-buah-kereta-edisi-terhad/

 

Sumber