Sebelum ini kecoh di media sosial dengan satu perkongsian video di YouTube oleh Lost Adventure yang menemukan kereta buatan Malaysia yang terabai dalam sebuah bangunan di United Kingdom.

Kereta Proton Perdana buatan Malaysia itu terpapar nombor pendaftaran VK 5231 dan dikatakan berada dalam keadaan terbiar selepas pemilik bangunan itu, Bristol Cars diisytiharkan muflis kerana situasi pandemik ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Capture
Tangkap layar video tular yang menunjukkan Proton Perdana

Beberapa hari selepas video tersebut tular dalam kalangan netizen tempatan, portal Free Malaysia Today pada semalam melaporkan kereta nasional itu sebenarnya merupakan milik kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu menurut mereka disahkan oleh salah seorang pegawai kepada bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu melalui satu perkongsian di Facebook baru-baru ini.

Kereta itu menurut mereka dihantar kepada syarikat Frazer-Nash Research Ltd di United Kingdom pada 2016 untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan yang difahamkan berkaitan dengan pembangunan teknologi hibrid.

“Cerita dia bermula pada akhir tahun 2016 bila Tun M pergi ke UK dan ada berbincang dengan Kamal Siddiqi untuk tukar kereta biasa kepada kereta hibrid melalui syarikat R&D milik Kamal iaitu Frazer Nash Research Limited yang berpengkalan dekat UK.

“Oleh sebab Tun M ini jenis yang suka akan teknologi baru dan tidak mahu kita ketinggalan, atas inisiatif dia sendiri, dia hantar kereta Proton Perdana miliknya sendiri ke sana untuk tujuan R&D (Boleh rujuk surat kat bawah).

Laporan tersebut bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kereta tersebut telah melalui proses R&D selepas ia dihantar sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut beliau jika penyelidikan tersebut berjaya Proton akan mampu untuk bersaing dengan jenama terkemuka lain dalam membangunkan teknologi kereta hybrid.

Anda boleh menonton kembali video penemuan tersebut melalui perkongsian kami sebelum ini di pautan di bawah. 

Video Ini ‘Rungkai’ Misteri Kereta Proton Perdana Yang Terbiar Di Bangunan Kosong Di UK

Proton Beri Bayangan X50 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi Melalui Teaser Terbaru

12 Kemungkinan Jika Proton Dan Perodua Tidak Dibangunkan