Mula dilancarkan pada tahun 1985, Proton Saga selaku kereta pertama jenama Proton berjaya menjadi model yang ikonik bagi negara Malaysia. Kini, selepas 34 tahun, model ini hadir dengan kemaskini terbaru dalam menawarkan pilihan kereta yang lebih baik buat para pengguna dengan harga yang berbaloi.

Menerusi kemaskini yang dibuat, Proton Saga 2019 dilihat turut membawakan ciri-ciri yang seakan sama dengan model Proton yang lain seperti Iriz 2019 dan Persona 2019. Penyertaan grill Inifinite Weave antara yang menaikkan seri model terbaru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
68391056_2671052852918183_8897748928099778560_o
Sumber: Proton Cars

Selain itu, Saga 2019 varian premium turut dilengkapkan dengan bumper hadapan yang lebih kemas dan tampak menarik. Antara kemaskini yang menarik hati orang ramai sudah pasti rim bersaiz 15-inci yang mengingatkan orang ramai kepada rim Mercedes-Benz E250.

Sebanyak tiga varian ditawarkan bagi Saga 2019 iaitu Saga 1.3 Premium serta Saga varian standard dengan transmisi manual dan automatik. Menerusi kerjasama bersama Geely, Proton Saga 2019 dilihat tidak lagi menggunakan transmisi CVT sebaliknya menggunakan transmisi automatik empat kelajuan Hyundai PowerTech. Difahamkan transmisi yang terbukti lebih baik ini antara yang membuatkannya disertakan pada Proton Saga 2019.

Dalam pada itu, model ini masih lagi mengekalkan enjin yang sama iaitu enjin VVT 1.3 liter dengan kuasa 95PS dan 120Nm.

67740578_2671054972917971_3481598496996327424_o
Sumber: Proton Cars
67630758_2671055026251299_6094200684809289728_o
Sumber: Proton Cars

Tidak hanya hadir dengan kemasan pada bahagian luar, Proton Saga 2019 turut dihiasi dengan rekaan dalaman yang lebih moden dengan penyertaan skrin 7-inci. Penyertaan dua slot pengecasan USB sudah pastinya memudahkan pengguna mengecas telefon pintar dengan mudah.

Proton Saga 2019 diumumkan dengan harga serendah RM32,800 bagi model standard manual, RM35,800 untuk model standard automatik manakala model premium hadir dengan harga RM39,800. Lima yang ditawarkan buat Saga 2019 adalah Snow White, Armour Silver, Jet Gray, Rosewood Maroon serta Ruby Red.

Jaminan selama lima tahun/150,000 km atau mana yang terdahulu termasuk kos buruh bagi tiga kali servis pertama turut ditawarkan secara percuma.

Adahkah berbaloi?
68590666_2671034222920046_3319320424801632256_o
Sumber: Proton Cars

Melihat kepada kemaskini yang ditampilkan, Proton berjaya menawarkan sebuah model yang memenuhi keperluaan marhaen yang mahukan sedan yang budget serta mampu milik.

Penawaran sistem keselamatan ECS, TCS, HHA, reverse camera serta sensor parkir hadapan secara tidak langsung bakal memudahkan membuat pilihan. Berdasarkan harga yang ditawarkan, tidak mustahil model ini bakal menjadi pilihan Rakyat Malaysia khususnya para graduan.