Mula dilancarkan pada tahun 1985 sebagai model sulung daripada jenama Proton, siapa sangka Proton Saga sudah berjaya berada di pasaran Malaysia selama 35 tahun berturut-turut.

Pada tahun ini bersempena ulang tahun yang ke-35 model ini, Proton telah melancarkan model edisi terhad buat Saga yang dinamakan sebagai Proton Saga Anniversary Edition.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Careta Saga Anniversary Edition 2020 03

Careta Saga Anniversary Edition 2020 04

Menerusi model ini, proton telah menggunakan model Saga Premium AT dan menawarkan penambahan ciri-ciri yang tidak tersedia pada model-model lain.

Bermula dengan warnanya, Proton telah memilih warna Quartz Black serta dipadankan bersama warna kuning pada bahagian gril, lip hadapan, skirt, cermin sisi serta diffuser. Saiz rim 15-inci masih lagi dikekalkan dan ditambah dengan warna matte grey.

Tidak hanya menawarkan menawarkan kemasan warna kuning pada bahagian luar, bahagian dalam Proton Saga edisi terhad ini turut ditawarkan dengan kemasan warna yang sama pada bahagian corong penghawa dingin dan kluster meter yang sekaligus menaikkan seri model ini.

Careta Saga Anniversary Edition 2020 06

Careta Saga Anniversary Edition 2020 09

Proton Saga Anniversary Edition sedia ditawarkan sebanyak 1,100 unit sahaja dengan harga bermula daripada RM39,300. Difahamkan tiada sebarang perubahan telah dibuat pada bahagian enjin dimana model ini menawarkan transmisi automatik dengan empat kelajuan.

Melihat kepada jumlah unit yang ditawarkan, tidak mustahil model ini bakal menjadi model yang rare dan rebutan ramai dua atau tiga dekad akan datang.

Pada bulan lalu, tular sebuah perkongsian apabila Proton Saga Knight edisi terhad keluaran 1989 sedia untuk dijual dalam kondisi yang baik dengan harga sekitar RM9,500. Turut dikongsikan, pengugna Mitsubishi Lancer di Pueto Rico yang sanggup convert keretanya menjadi Proton Inspira. 

Proton Saga Knight Keluaran 1989 Ini Sedia Untuk Dijual Dengan Harga RM9,500

Mitsubishi Lancer ‘Convert’ Proton Inspira Di Puerto Rico Ini Tarik Perhatian Netizen Malaysia