Sejak Proton Saga mula bertapak di Kenya pada Ogos 2020 lalu, model tersebut menjadi bualan penduduk tempatan di situ yang mahu memiliki kereta jenis sedan.

Baru-baru ini, Proton Kenya telah berkongsi satu berita baik menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi apabila Proton Saga diiktiraf sebagai model kereta sedan terlaris di pasaran Kenya pada tahun 2021 lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada akhir Ogos 2020 lalu, sebanyak 30 unit Proton Saga (dalam bentuk kit CKD) telah dihantar ke negara Kenya untuk dipasang semula oleh Simba Corporation, sebuah konglomerat yang berpengalaman dalam bidang automotif negara berkenaan.

Dua bulan selepas itu, Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta telah melancarkan kereta Proton Saga pertama yang dipasang sepenuhnya di Associated Vehicle Assemblers (AVA), anak syarikat Simba Corporation Limited (Simba Corp).

Dalam satu ucapan rasminya, Uhuru Kenyatta memuji Simba Corporation atas langkah baharu tersebut dapat menyumbangkan kepada ‘Empat Agenda Besar’ yang bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan untuk belia-belia Kenya.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada Oktober tahun lalu, sebanyak 30 unit SUV Proton X70 dipilih sebagai kenderaan rasmi ‘Kenya Police Service’. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Polis Kenya Pilih SUV Proton X70 Sebagai Kenderaan Rasmi

Proton Saga Masuk Pasaran Nepal, Dijual Pada Harga Bermula RM122,700