Mula diperkenalkan pada tahun 1985, model pertama daripada Proton iaitu Proton Saga masih lagi mengumpul sejumlah peminat sehingga kini. Malah beberapa atur cara serta perlumbaan turut dijalankan bagi meraikan model sulung daripada Proton ini.

Pada kali ini, muncul di Facebook apabila seorang pengguna Donovan Goh, tampil untuk menjualkan model koleksi peribadi beliau iaitu Proton Saga Knight keluaran 1989. Model edisi terhad yang pernah menjadi rebutan suatu ketika dahulu ini pernah dilancarkan Proton bersempena dengan fenomena rancangan TV Knight Rider.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →
81044623_10156434586387132_1659756464765403136_n

Sumber: Facebook Donovan Goh

82271113_10156434585012132_3175402139501461504_n

Sumber: Facebook Donovan Goh

Menerusi model ini, Proton dilihat tampil menawarkan perubahan dari segi enjin melalui penggunaan enjin Magma 8 Valve 1.5 liter berbanding enjin 1.3 liter Orion. Penggunaan enjin ini berjaya memberi lebih kuasa buat Proton Saga dengan penawaran 76 kuasa kuda dan 127 Nm tork.

Apa yang lebih menarik mengenai model yang sedia untuk dijual ini, penjual masih mengekalkan rekaan asal model ini tanpa menambah sebarang perubahan yang besar. Decal unik pada bahagian sisi dan cermin belakang model ini masih lagi dikekalkan sekaligus membuatkan model ini terlihat unik.

81305257_10156434584932132_5387601169306615808_n

Sumber: Facebook Donovan Goh

81511971_10156434584817132_8316371666603081728_n

Sumber: Facebook Donovan Goh

82115370_10156434586237132_4771160396100796416_n

Sumber: Facebook Donovan Goh

Buat anda atau kenalan anda yang merupakan collector Proton Saga, model ini pastinya antara model yang tidak boleh dilepaskan. Menerusi penawaran harga serendah RM9,500, pembeli bukan sahaja menerima sebuah model dengan kondisi yang baik, malah keluarannya yang terhad menjadi model ini sangat rare di jalan raya.

Sebelum ini, kereta ikonik Knight Rider turut dijual di Malaysia dengan harga sekitar RM650,000. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Kereta Ikonik ‘Knight Rider’ Sedia Untuk Dijual Dengan Harga RM650,000

Kenderaan ‘Back To The Future’ Di Sarawak Sedia Dijual Dengan Harga RM198,000

Anda Mungkin Suka