Nampaknya Proton tidak menunggu masa yang lama untuk meluaskan lagi pasaran antarabangsa apabila negara Nepal telah menjadi negara ke-lima yang menerima kemasukkan kereta Proton Saga. Empat buah negara yang sudah menerima model kereta ini terlebih dahulu ialah Brunei, Kenya, Mesir dan Pakistan.

Model Proton Saga ini dilancarkan secara rasmi oleh Jagdamba Motors Pvt. Ltd, anak syarikat Shanker Group untuk pasaran Nepal ini. Model pertama Proton Saga serba baru ini dijual pada harga sekitar Rs 35.50 Lakh (RM122,716.65) untuk varian transmisi manual standard, dan Rs 39.50 Lakh (RM136,543.88) untuk varian transmisi automatik premium.

vocket-proton-saga-pasaran-nepal-1
Sumber Gambar: Nepal Drives
vocket-proton-saga-pasaran-nepal-3
Sumber Gambar: Nepal Drives
vocket-proton-saga-pasaran-nepal-5
Sumber Gambar: Nepal Drives
vocket-proton-saga-pasaran-nepal-4
Sumber Gambar: Nepal Drives

Kereta Proton Saga yang dijual pada pasaran Nepal tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan model-model dijual pada pasaran Malaysia. Untuk pasaran Nepal, kereta ini dilengkapi dengan peningkatan sistem penyaman udara dengan kawalan arah aliran udara (model pasaran tempatan hanya mampu mengawal peredaran udara semula) dan pemanas. Model ini sama dijual pada pasaran Mesir dan juga Pakistan.

Antara perbezaan lain ialah saiz kapasiti enjin untuk pasaran Nepal yang sedikit kecil iaitu versi 1,299 cc jika dibanding 1,332 cc untuk saiz kapasiti enjin untuk pasaran tempatan. Kereta Proton Saga ditawarkan dengan 5 varian warna sama seperti di pasaran Malaysia iaitu Jet Grey, Snow White, Armour Silver, Ruby Red and Rosewood Maroon.

vocket-proton-saga-pasaran-nepal-6
Sumber Gambar: Facebook Page Proton Cars Nepal

Difahamkan model Proton Saga akan diperkenalkan melalui bilik pameran eksklusif syarikat Jagdamba Motors Pvt. LtdĀ yang terletak di Naxal, Kathmandu, dan akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat di ibu kota lain seperti Pokhara, Biratnagar, Itahari, Birgunj, Dhangadhi, dan Nepalgunj. Model-model kereta Proton yang lain juga akan diperkenalkan pada masa akan datang mengikut permintaan pelanggan setempat.

Tahukah anda Proton telah berjaya mencapai 10 kejayaan sepanjang tahun 2020 yang lalu walaupun mengalami kekangan akibat COVID-19? Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/10-kejayaan-yang-berjaya-dicapai-oleh-proton-sepanjang-2020/

https://www.thevocket.com/proton-bakal-mengeluarkan-3-buah-kereta-edisi-terhad/

Proton X50 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Serendah RM79,200

12 Kemungkinan Jika Proton Dan Perodua Tidak Dibangunkan