Setelah Al-Haj Automotive berjaya memperkenalkan model Proton X70 di Pakistan pada tahun lalu, semalam pengedar dan pemasang sah Proton itu telah memperkenalkan pelbagai varian Proton Saga di pasaran sana.

Pelancaran rasmi yang dibuat secara online tersebut telah melancarkan empat pilihan varian bermula dengan Saga MT, Saga AT, Saga Ace dan Saga R3 Limited Edition yang hanya terhad kepada 100 unit sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih menarik lagi, kereta edisi terhad ini turut ditawarkan dalam dua pilihan transmisi; automatik atau manual lima-kelajuan. Agak pelik mengapa pasaran Malaysia tidak mendapat pilihan transmisi yang sama.

Selain itu, model Proton Saga (kecuali R3 Limited Edition) ditawarkan enjin yang bersaiz lebih kecil 1,299 cc bagi membolehkan Al-Haj Automotive menjual kereta ini pada harga yang lebih rendah berikutan pelepasan cukai yang memenuhi syarat ditetapkan.

Proton-Saga-R3-Limited-Edition-Pakistan-4
Sumber Gambar: Facebook Proton Pakistan
Proton-Saga-R3-Limited-Edition-Pakistan-7
Sumber Gambar: Facebook Proton Pakistan
Proton-Saga-R3-Limited-Edition-Pakistan-5
Sumber Gambar: Facebook Proton Pakistan
Proton-Saga-R3-Limited-Edition-Pakistan-6
Sumber Gambar: Facebook Proton Pakistan

Berikut adalah senarai harga jualan Proton Saga di Pakistan bermula dari Saga MT PKR 1,975,000 (RM53,690), Saga AT PKR2,125,000 (RM57,769) dan Saga ACE PKR2,225,000 (RM60,488).

Manakala Saga R3 Limited Edition pula dijual dengan harga PKR 2,175,000 (RM59,129) untuk transmisi manual dan PKR2,425,000 (RM65,925) untuk transmisi automatik. Ia turut ditawarkan dengan waranti selama 5-tahun atau 150,000km.

Apa pendapat anda mengenai penawaran transmisi manual untuk R3 Limited Edition? Patutkah Proton berikan tawaran yang sama untuk pasaran Malaysia?

Pada bulan Februari lalu, buat pertama kalinya Proton telah melancarkan empat model edisi terhad serentak.

Proton Lancar 4 Model Edisi Terhad, Harga Bermula RM42,300

Proton Saga Masuk Pasaran Nepal, Dijual Pada Harga Bermula RM122,700

Proton Optimis Dapat Gandakan Jualan Eksport Dalam Tempoh Setahun