Ini mungkin berita kurang gembira untuk pemilik kereta Proton Wira. Menerusi laporan akhbar The Star, Proton mengesahkan akan menghentikan pengeluaran untuk alat ganti model berkenaan.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Wira merupakan antara model paling laris yang pernah dihasilkan Proton dan pengeluar alat ganti di bawah Proton sudah menghentikan pengeluaran alat ganti untuk Wira buat selamanya.

Pengeluar alat ganti Proton, OEM beranggapan ianya sudah tidak lagi berbaloi untuk menghasilkan lagi alat ganti untuk model Wira dan mereka perlu menfokuskan penghasilan alat ganti untuk model Proton yang baharu.

Wira ad

Antara iklan Proton Wira satu ketika dahulu

Produk alat ganti yang ada di mana-mana kedai ketika ini adalah stok terakhir yang ada di pasaran. Sudahlah Proton Wira ini antara model ‘panas’, alat ganti pula bakal dihentikan. Tahun lepas sahaja, 654 model Wira dilaporkan hilang atau dicuri.

Sebanyak 952,215 model Wira terjual sepanjang 16 tahun pengeluarannya dari tahun 1993 hingga 2009. Bertabahlah pemilik kereta Proton Wira untuk cari alat ganti baharu selepas ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group