Menurut Carlist, Proton kini telah mengesahkan pendaftaran model X50 dalam kelas 12 (kelas untuk kenderaan) di Perbadanan Harta Intelek Malaysia dengan melampirkan salinan pendaftaran asal yang dikeluarkan oleh badan tersebut. Model ini dikatakan akan menjadi SUV kedua Proton dan akan dilancarkan pada tahun hadapan.

SUV kedua Proton yang dikenali sebagai X50 yang diasaskan dari model Geely Binyue bakal ditampilkan oleh Proton selepas pelancaran X70 pada Disember lalu. Buat masa ini, pihak Proton masih lagi menguji dan membuat penyesuaian terhadap model tersebut.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

x50_ipo

Model X50 ini mempunyai rekaan yang menarik dan mempunyai rangkaian kuasa yang canggih. Padanan transmisi klac berkembar automatik dengan enjin 1.5 turbo pada model tersebut, mampu menjana kuasa 174hp dan tork 255Nm dan membolehkan kenderaan itu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 7.9 saat.

Model yang diasaskan oleh Geely Binyue tersebut sangat menarik kerana dihasilkan menerusi pelbagai ciri canggih pada ruang kereta. Antaranya ialah ekosistem pintar Geely GKUI generasi terkini Geely Auto yang membolehkan pemandu memberi arahan suara yang membuatkan mereka sentiasa terhubung dengan dunia luar.

Model SUV kedua Proton ini akan menarik perhatian pembeli dan pengguna dek kerana reka bentuk modelnya yang menarik dan harga yang mampu milik.

Anda Mungkin Suka