Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia mendedahkan Proton Wira, kereta ikonik Malaysia, juga merupakan kereta yang paling digemari pencuri, mengekalkan statusnya sebagai ‘kenderaan paling dicuri’ selama 11 tahun berturut-turut, lapor The Star.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan tuntutan yang diterima oleh syarikat insurans. Sebanyak 131 buah Proton Wira dilaporkan dicuri pada 2021, diikuti Proton Iswara dengan 75 kes dilaporkan. Manakala Perodua Myvi pula menduduki tangga ke-6 dalam carta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagi kenderaan buatan luar negara pula, Toyota Hilux paling banyak dicuri dengan 65 kes pada 2021, meletakkannya di tempat keempat, di belakang Perodua Kancil.

“Ada kereta Mercedes-Benz curi dijual pada harga serendah RM10,000, atau Hilux pada harga RM12,000, dan Wira hanya RM3,000.

“Wira merupakan jenama popular ketika itu, dan masih terdapat sejumlah besar di jalan raya walaupun pengeluaran dihentikan pada 2009,” kata koordinator Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia, Mas Tina sambil menambah bahawa selalunya pencuri menjadikannya sebagai pembekal alat ganti Wira.

Terdahulu influencer dari Britain, Rhys William mengakui model Proton Wira merupakan salah sebuah kereta yang tahan lasak dan steady. Anda boleh tonton video perpisahan yang menjentik hati Rhys di sini.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber