Sama seperti tahun lalu, Proton Wira muncul ‘juara’ sebagai model paling banyak dicuri mengikut laporan statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC).

Sebanyak 127 unit Proton Wira dilaporkan hilang sepanjang Januari hingga Jun tahun ini, diikuti model Proton Iswara (82 unit) dan Perodua Kancil (70 unit). Model trak seperti Toyota Hilux turut berada dalam senarai 10 model paling banyak dicuri dengan 52 unit dilaporkan hilang.

Durian Cheese Pizza 2
HYPE
Netizen Teruja Dengan Rasa Unik ‘Durian Cheese Pizza’
Baca lagi →

Untuk tahun lalu sahaja, 35,953 unit kenderaan telah dicuri mengikut laporan Statistik yang dikeluarkan pihak VTREC. Bagaimanapun, angka berkenaan sudah berkurangan sebanyak 15 peratus berbanding 2017 dan turut menurun 49 peratus untuk tempoh lima tahun lalu.

Disebabkan model Proton Wira sudah dihentikan pengeluarannya oleh Proton, maka setiap barangan spare parts model Wira mempunyai harga di pasaran. Jika anda pemilik model Proton Wira, jagalah dengan baik kerana peratusan untuk kereta anda dicuri adalah sangat tinggi.

P/S: Berdasarkan statistik yang dikeluarkan setiap tahun, tiada tanda-tanda kecurian model Wira akan berkurangan di masa akan datang. Seperti cadangan pihak Mekanika, mungkin anda perlu pasang sistem pengesan GPS sebagai alat keselamatan tambahan sekiranya kereta anda pula jadi ‘mangsa’.

Anda Mungkin Suka