Sejak tahun 2019 dan 2020 lalu, model kereta buatan tempatan Proton Wira berada di tempat paling teratas dalam  senarai 10 kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia dengan sebanyak 353 unit dilaporkan dicuri.

Terbaharu, seorang pemilik Proton Wira ‘berputih mata’ apabila keretanya yang hilang di PPR Batu Muda , Jalan Ipoh semalam, telah ditemui semula dalam keadaan komponen-komponen kereta sudah terlerai di hadapan sebuah rumah di Kampung Tandak, berhampiran Hospital Besut, Terengganu pada hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@aizatmohdnor

kereta viral …..alhamdulilah jumpa balik walaupun barai….#fyp #fypage

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

@aizatmohdnor

#ad alhamdulilah jumpa balik walaupun dah kecai…kereta viral… #fyp #fypage #fypシ゚viral

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Penemuan semula kereta tersebut turut dirakam dan dikongsikan di TikTok @aizatmohdnor, di dalam video yang dikongsikan itu, jelas kelihatan enjin, tempat duduk, tayar dan komponen-komponen lain lagi telah dileraikan satu persatu sehingga tinggal rangka sahaja.

Insiden ini telah menarik perhatian ramai yang berang dengan tindakan pencuri itu yang sanggup membawa lari kereta dari Kuala Lumpur sehingga ke Terengganu semata-mata mahu meleraikan kereta itu.

Sumber Gambar: Facebook Aizat Mohd Nor
Sumber Gambar: Facebook Aizat Mohd Nor
Sumber Gambar: Facebook Aizat Mohd Nor

Menurut pemilik Proton Wira terbabit, pencuri itu sememangnya sudah berpengalaman dan profesional kerana suspek dipercayai cuma mengambil masa 2 jam sahaja semasa melakukan kerja-kerja khianat ini.

Tambahnya lagi, pencuri itu lari meninggalkan dua orang anak apabila dia menyedari orang ramai telah menemui lokasi kereta curi terbabit yang diletakkan di hadapan rumahnya.

Bagaimanapun, suspek sudah dikenal pasti dengan adanya gambarnya dan pemilik Proton Wira ini meminta orang ramai memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lebih terperinci mengenai insiden terbabit.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada pertengahan bulan lalu pula, ada sebuah Nissan 180SX dibakar setelah dibawa lari ke Kelantan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Dicuri Dan Dibakar Sehingga Rentung, Netizen Sayu Lihat Keadaan Terkini Nissan 180SX Ini

Proton Wira Paling ‘Dicari’ Pencuri, Rekod Kes Kecurian Tertinggi

Sumber