Hampir dua tahun lamanya para peminat jenama automotif negara iaitu Proton menantikan kehadiranya Proton X50. Nampaknya, penantian bakal berakhir apabila Proton secara rasminya bakal melancarkan Proton X50 pada 27 Oktober ini.

Pengumuman ini disahkan melalui laman Facebook Proton sendiri dimana Proton bakal melancarnya pada jam 10.50 pagi. Menarik mengenai waktu pelancaran, Proton dilihat sengaja waktu 10.50 pagi kerana 10 melambangkan X mengikut nombor roman manakala 50 pula menunjukkan kepada model yang bakal dilancarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun masih belum dilancarkan secara rasmi, model SUV segmen-B ini sudah berjaya mengumpul lebih 20,000 tempahan seawal dua minggu selepas tempahan dibuat. Sebanyak empat varian bakal ditawarkan terdiri daripada Standard, Executive, Premium dan Flagship dimana semuanya bakal dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo dengan tiga silinder.

Proton X50 turut dilengkapi dengan lampu headlamp LED, skrin sesentuh 10.25-inci beserta rim 17/18-inci mengikut varian. Fungsi yang menarik perhatian ramai sudah pastinya parking assist yang bakal membantu pengguna parkir kereta dengan mudah baik secara dari sisi tepi mahupun secara biasa.

2020-proton-x50-media-preview-performance-test-drive-review-72
Sumber: piston

Sama-sama kita nantikan pengumuman harga rasmi yang bakal diumumkan Proton sempena pelancaran model yang dinantikan ramai ini. Para pengguna berpeluang menonton live stream pelancaran Proton X50 melalui laman Facebook Proton Cars.

Tonton juga perlumbaan drag melibatkan Proton X50, BMW X1 dan Honda HR-V. Keputusan perlumbaan ini nyata membuat peminat Proton tersenyum bangga.

Tonton Perlumbaan ‘Drag’ Antara Proton X50, BMW X1 Dan Honda HR-V

Proton X50 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM75,800?