Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pada awal tahun lalu, terdapat beberapa kemalangan melibatkan model Proton X50.  Bagaimanapun pemandu-pemandu SUV tersebut tidak mengalami kecederaan yang parah. Jadi tidak hairanlah kenapa model tersebut mendapat pengiktirafan 5-bintang NCAP.

Baru-baru ini pengguna TikTok @adibcars memuat naik satu video ujian ketahanan antara model Geely Binyue atau dikenali sebagai Proton X50 (untuk pasaran Malaysia) dan Honda HR-V.

Ujian ketahanan tersebut dibuat oleh pihak media China dengan menggerakkan kedua-dua kereta ujian tersebut pada kelajuan 64km/j dan merempuh secara berhadapan antara satu sama lain. Ternyata hasil keputusan ujian tersebut sangat mengejutkan orang ramai.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →
@adibcars

top 🇲🇾 SUV B segment, mana lebih berbaloi #proton #honda #x50 #hrv #fypdonggggggg

♬ น้ำแดงน้ำส้ม – JV.JARVIS

Sejurus pelanggaran terjadi, sistem keselamatan pada kedua-dua SUV tersebut berfungsi dengan baik dengan mengeluarkan airbag bagi ‘menyelamatkan’ penumpang dan pemandu didalamnya.

Bagaimanapun, Honda HR-V mengalami beberapa kerosakkan pada beberapa bahagian serta-merta akibat pelanggaran itu. Cermin hadapan retak 90%, cermin sisi bahagian pemandu pecah dan bahagian pintu berubah sedikit strukturnya.

Tetapi ‘Proton X50’ pula tidak mengalami kesan yang begitu teruk seperti begitu. Cermin hadapannya tidak retak, begitu juga dengan cermin sisinya bahagian pemandu tidak pecah dan struktur bahagian pintu kelihatan masih kekal utuh.

Sumber Gambar: TikTok @adibcars
Sumber Gambar: TikTok @adibcars
Sumber Gambar: TikTok @adibcars
Sumber Gambar: TikTok @adibcars
Sumber Gambar: TikTok @adibcars
Sumber Gambar: TikTok @adibcars

Perkongsian video tersebut telah membuatkan netizen teruja dan memuji ketahanan model Proton X50 itu. Pada masa sama, orang ramai yang memiliki model-model Proton lain turut memuji ketahanan kenderaan mereka.

Walaupun ujian ini ‘membuktikan’ ketahanan model SUV tersebut, ia tidak bermaksud kita sebagai pengguna boleh memandu sewenang-wenangnya sehingga membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi insiden kemalangan melibatkan Proton X50 yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Pandu Proton X50 Pelanggan 180km/j, Sales Advisor Kemalangan Dan Kereta ‘Total Lost’

Pemandu Selamat Walaupun Kereta ‘Total Lost’, Proton X50 Layak Terima Penarafan NCAP ASEAN 5-Bintang