Baru sahaja dilancarkan pada 27 Oktober lalu, model terbaharu daripada Proton ini nampaknya berjaya menarik perhatian ramai serta sudah mengumpul lebih 26,000 tempahan.

Bersempena dengan jualan 11.11 Shopee, platform ini sedia menawarkan kereta kegilaan ramai ini dengan harga serendah RM1 sahaja. Ya, serendah RM1 sahaja anda sudah mampu mendapatkan Proton X50 mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
doc7cc62izlmrc79wgbaf0
Sumber: The Star

Menerusi jualan yang ditawarkan di Shopee, setiap pengguna berpeluang membuat tempahan hanya sekali. Memandangkan hanya sebuah kereta yang bakal ditawarkan, para pembeli yang membuat tempahan bakal menerima refund seawal 12 November. Buat para pemenang, Shopee akan turut sponsor baki harga kereta, insuran dan cukai jalan sepenuhnya.

Buat anda yang berminat, anda boleh klik di sini untuk menempah Proton X50 dengan harga serendah RM1 sahaja. Mungkin ini peluang anda untuk bergaya dengan kereta serba canggih daripada Proton.

Proton X50 telah dilancarkan pada 27 Oktober lalu dengan harga serendah RM79,200. Anda boleh klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Proton X50 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Serendah RM79,200

Lelaki Ini Kongsikan Jangkaan Susut Nilai Proton X50 Selepas Lima Tahun Penggunaan