Bagi anda yang ternanti-nanti Proton X70 dipasaran, model tersebut telah dilancarkan secara rasmi semalam oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan harga yang ditawarkan bermula dari RM99,800.

Proton X70 adalah model pertama yang dihasilkan kerjasama antara PROTON dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely). Malah, ia menjadi SUV premium pertama dikeluarkan oleh jenama automotif Malaysia.

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →

Model itu hadir dengan empat varian iaitu Standard 2WD yang dijual pada harga RM99,800 dan Executive 2WD pula adalah RM109,800. Manakala Executive AWD dan Premium 2WD pula ditawarkan pada harga bermula RM115,800 dan RM123,800 seunit.

Menariknya, tempahan untuk model X70 ini yang bermula September lalu sudah menerima tempahan melebihi 10,000 unit. Malah X70 ini juga turut menerima pengiktirafan ASEAN NCAP bagi aspek keselamatan penumpang.

Anda Mungkin Suka