Jenama automatif Proton Holdings Bhd pada hari ini telah mengumumkan nama kereta SUV kerjasama dengan Geely Proton X70. Model SUV ini dikatakan sudah lama buat syarikat Proton sejak menjalinkan kerjasama dengan Geely Automotive Group.

Nama X70 dipilih selepas ia dipilih lebih 90,000 peserta yang telah menyertai peraduan memilih nama SUV itu secara atas talian yang dibuka pada April lalu. Menurut kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif Dr Li Chunrong, selepas ini pihak mereka bakal mengadakan sesi bersama pelanggan mereka di tujuh buah bandar utama di Malaysia. Sesi ini akan bermula pada 19 September ini sehingga 4 November.

SUV X70 akan ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD. Semua varian ini menggunakan enjin sama iaitu unit petrol empat silinder 1.8 liter TGDi turbo dengan kuasa 181 hp dan 285 Nm tork.

Tempahan untuk pembelian SUV itu boleh dibuat bermula esok di cawangan terpilih di seluruh negara dengan bayaran deposit serendah RM1,000.

Proton-X70-SUV-4

Proton-X70-SUV-3

Proton-x70-SUV-5

  • SUMBER
  • BH

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group