Muncul dibincangkan dan hadir dengan pelbagai ura-ura sejak tahun lalu, Proton akhirnya pada hari ini telah melancarkan model yang berjaya membangkitkan semula imej Proton seperti yang dikenali hari ini iaitu Proton X70.

Berbeza dengan model X70 sebelum ini, model facelift terbaru ini adalah model completely knocked down (CKD) atau dalam erti kata lain di pasang di Malaysia. Melalui model terbaru ini, Proton menjanjikan kualiti pemasangan yang lebih baik berbanding model-model sebelum ini.

928b17c64a694732adcde88d3501aaaa (1)
Sumber: Wapcar

Dari segi rekaan, tidak banyak perubahan yang ditampilkan selain daripada kehadiran logo baru Proton pada bahagian grill hadapan, wheel caps, stereng dan tingkap.

Model ini dilengkapi dengan enjin 1.8 liter turbocharged dengan penawaran 181 kuasa kuda dan 300 Nm tork. Perubahan yang besar ditampilkan dari segi prestasi dimana X70 CKD menerima peningkatan tork sebanyak 15Nm dan penggunaan bahan api 7.5 liter untuk 100 km.

Proton X70 CKD kini menggunakan gearbox dwi-transmisi tujuh kelajuan. Untuk pengetahuan, gearbox ini juga turut dikongsi bersama Volvo XC40 T5.

Pada kali ini difahamkan Proton tidak lagi menawarkan model varian AWD berikutan permintaan yang sangat rendah sejak mula dilancarkan serta menawarkan varian terbaru dengan varian 2WD.

Sebanyak enam warna ditawarkan buat Proton X70 CKD menampilkan Space Grey, Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown dan Ruby Red dimana warna Space Grey cuma tersedia bagi varian Premium X 2WD.

83182476_2530311203763898_1889284232937734144_o
Sumber: Facebook The Ajerul

Dari segi harga, X70 CKD hadir dengan empat varian iaitu standard, executive, premium dan premium X bermula daripada RM94,800 sehingga RM122,800.

Berdasarkan harga yang ditawarkan serta teknologi yang ditampilkan, kami yakin model ini sekali lagi bakal menjadi pilihan orang ramai pada segmen ini berikutan harganya yang lebih rendah berbanding pesaing.

Dengan pelancaran Proton X70 CKD, orang ramai khususnya peminat automotif seakan tidak sabar untuk menantikan kehadiran Proton X50 yang hadir dengan saiz SUV kompak. 

Proton X50 Dengan Pemanduan Sebelah Kanan Sudah Mula Diuji Atas Jalan Raya

Dianggap Kereta ‘Murahan’, Pemilik Di UK Puji Ketahanan Serta Kehebatan Proton Saga