Proton X70 merupakan model SUV pertama Proton telah berjaya memperoleh pengiktirafan lima bintang selepas diuji melalui Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu di negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) bagi aspek keselamatan penumpang. Ini menunjukkan bahawa model X70 merupakan antara model yang menduduki tangga tertinggi dalam segmennya iaitu keselamatan penumpang.

Bagi model X70 ini, Proton memastikan model SUV pertama mereka menepati piawaian dan mengikut jejak langkah model-model terdahulu mencapai pencapaian yang cemerlang. Malah, X70 mencapai skor tertinggi dalam protokol ujian terkini bagi tahun 2017-2020 dimana teknologi bantuan keselamatan diambil kira dan dinilai sebanyak 25% daripada skor keseluruhan.

Selain itu, model ini turut dilengkapi enam beg udara bagi semua varian serta ciri tali pinggang keledar dengan sistem penegang dan pengehad beban, serta termasuk autonomous emergency braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Lane Departure Warning (LDW) dan Blind Spot Monitoring System (BLIS).

Bagi anda yang ingin melihat model SUV X70 ini, anda boleh berkunjung ke pameran KLIMS 2018 yang akan bermula minggu depan di MITEC.