Setakat bulan Februari ini sahaja, model terbaharu keluaran Proton Holdings Berhad iaitu Proton X70 telah menerima tempahan sebanyak 20,000 unit. Rekod ini sekaligus mempertahankan prestasi Proton X70 sebagai kereta SUV dengan jualan terbaik.

Rekod pada bulan Januari menunjukkan sebanyak 2,823 tempahan telah direkodkan dari seluruh cawangan Proton di Malaysia, daripada keseluruhan jumlah tempahan, 1,000 unit telah berjaya diserahkan kepada pembeli sebelum musim perayaan Tahun Baru Cina.

c2ad842d583a827a071e3f5408643507

Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata pihaknya yakin dapat mencapai jualan terbaik untuk 6 bulan pertama dan keseluruhan tahun ini. Jualan Proton dicatatkan meningkat sebanyak 42% bagi dua bulan pertama tahunan berbanding tahun lepas.

Proton juga berjaya mendahului jenama-jenama lain dalam peningkatan jualan untuk dua bulan berturut-turut sekaligus melonjak prestai Proton sebagai jenama automotif ke-3 pilihan terbaik di Malaysia.

Sumber