Sejak mula dilancarkan genap setahun yang lalu, model Proton X70 berjaya menjadi model pilihan orang ramai yang memilih jenama ini. Kehadiran model ini secara tidak langsung membawa sinar harapan dan kepercayaan orang ramai terhadap kerjasama Proton bersama Geely.

Terbaharu, melalui sambutan hangat Proton X70, syarikat ini mengesahkan Proton X70 keluaran 2020 bakal dipasang di Tanjung Malim, Perak melalui projek pelaburan pembangunan fasiliti bernilai RM1.2 bilion.

78949845_826897277781450_2155897305031068250_n
HYPE
Cinta Orang Bunian Dengan Manusia Adaptasi Drama ‘Black’ Ini Bakal Buat Penonton Teruja
Baca lagi →
Syed Faisal Albar Malakoff

Pengurus Proton, Dato’ Syed Faisal Albar. Sumber: Ismaweb

Menurut Datuk Seri Syed Faisal Albar selaku pengurus Proton, model Proton X70 telah menjadi model yang berjaya mengubah nasib Proton sejak mula dilancarkan dengan jumlah penjualan sebanyak 26,000 unit.

Pemasangan model kereta ini di Tanjung Malim juga sekaligus bakal mengurangkan kos impot kereta ini yang dipasang di luar negara. Selain itu, Proton X70 keluaran 2020 dijangka bakal ditawarkan di beberapa negara lain seperti Brunei, Thailand, Indonesia dan Pakistan.

Proton X70

Sumber: Top Gear

Setakat November, model ini model Proton termahal yang ditawarkan syarikat ini dan hadir sebagai model kedua paling popular sepanjang tahun ini manakala Proton Saga muncul sebagai kereta pilihan pengguna Proton dengan jumlah penjualan sebanyak 34,422 unit setakat November ini.

Melihatkan pelan Proton X70 2020 yang bakal dilancarkan di Tanjung Malim, kemungkinan model ini bakal ditawarkan dengan harga yang lebih rendah sekaligus memberi peluang buat orang ramai untuk memilikinya dengan harga yang lebih berbaloi.

Tular pada minggu ini apabila kereta Proton Saga yang dikeluarkan pada tahun 1989 mendapat pujian pengguna di UK. Turut dikongsikan, model X50 yang bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun hadapan.

Dianggap Kereta ‘Murahan’, Pemilik Di UK Puji Ketahanan Serta Kehebatan Proton Saga

Tonton Pandang Pertama Geely Binyue Yang Bakal Dijenamakan Sebagai Proton X50

Anda Mungkin Suka