Antara impian warganegara Malaysia menjelang tahun 2020 ialah untuk melihat kemajuan seperti kereta terbang. Impian menjadi kenyataan apabila tidak lama lagi prototaip kereta terbang pertama bakal diperkenalkan.

kereta terbang

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof, kereta terbang ini akan menggunakan sepenuhnya teknologi tempatan. Projek prototaip ini dihasilkan sepenuhnya oleh beberapa syarikat persendirian tempatan. Projek ini dijalankan demi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dengan kemajuan teknologi terkini.

Tambah beliau lagi, perbelanjaan untuk projek prototaip ini tidak menggunakan mana-mana peruntukan kerajaan. Kesemua proses ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tempatan.

Sumber