Seperti ramai sedia maklum, Istana Negara sebelum ini mengumumkan untuk parti-parti politik untuk membentuk gabungan sekaligus mengemukakan calon Perdana Menteri pilihan mereka selewat-lewatnya 2 petang pada hari ini.

Walau bagaimanapun, melihat kepada situasi politik semasa, Yang di-Pertuan Agong pada hari ini telah perkenan proses bagi ketua parti-parti dan gabungan politik untuk mengemukakan calon Perdana Menteri dilanjutkan sehingga 2 petang esok.

Baca Juga:

Hal ini sekaligus memberi ruang dan masa untuk parti-parti politik berbincang bagi membentuk kerajaan gabungan sekiranya mempunyai majoriti. Sebelum ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memohon agar lebih masa diberikan sebelum calon Perdana Menteri Malaysia ke-10 dikemukakan.

Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan negara.