Azwan Ali nampaknya terpaksa membatalkan hasratnya untuk bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Ke-15 kali ini apabila beliau dilaporkan menarik diri di saat akhir.

Menurut laporan Utusan Malaysia, tindakan itu dibuat selepas beliau mendengar bisikan arwah ibunya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding selepas mendengar bisikan daripada Allahyarham mak, Mak Tom. Keputusan ini dibuat selepas subuh tadi.

“Tak kisahlah orang nak cakap merepek atau tahyul, itu mak aku. Bukan mak kau. Apa pun saya menyokong calon PH, Datuk Seri Amiruddin Shari,” katanya.

Walaupun menarik diri di saat akhir, Azwan Ali adalah antara calon pertama yang sampai di pusat penamaan calon Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu.

Beliau juga menyatakan sokongan kepada wakil Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari.